Title of article :
Sebuah Manuskrip Belanda Mengenai Kemalangan Armada VOC di Pulau Kabaena, Mac-Mei 1650
Author/Authors :
LIEBNER, HORST H. Pusat Riset Wilayah Laut dan Sumber Daya Nonhayati - Badan Riset Kelautan dan Perikanan - Departemen Kelautan dan Perikanan Republik Indonesia, Indonesia
From page :
51
To page :
83
Abstract :
Banyak buku dan catatan telah dibuat tentang kisah pelayaran, ekspedisi dan kapal yang karam di Lautan Timur dan Barat pada kurun ke-17 dan 18. Tetapi, peristiwa karamnya Ternatan Fleet pada 1650 kurang mendapat perhatian. Yang diketahui hanyalah catatan yang berselerakan tentang peristiwa itu. Kita beruntung kerana satu salinan catatan itu telah disimpan Breede Raadt, di National Archives of the Netherlands, di bawah nama Copie daghregister gehouden bij d’opperhoofden der verongeluckte schepen Tijger, Bergen op Zoom, Aechtekercke, Luijpaert ende de fluijt de Juffrouw op ‘t eijlandeken Sagorij omtrent Bouton 23 Februarij tot 28 Maij 1650, Fonds Code 1.04.02, Item no.1179A/B, Section muka surat 296-340. Saya merujuk dan menyalin versi mikrofilem catatan itu dan memperkatakan hubungan awal antara Belanda yang kapalnya karam, penduduk tempatan dan Kesultanan Buton. Rencana ini ditulis dengan fahaman bahawa peristiwa itu perlu diselidiki dengan lebih lanjut oleh ahli filologi, sejarawan dan arkeologi, Barat dan Timur. Kemalangan itu ternyata meninggalkan apa yang disebut sebagai catatan yang pertama tentang permastuatin orang Eropah di Kepulauan Buton. Selain itu, catatan tentang kemalangan itu telah memberi nilai besar kepada pengetahuan kita tentang sejarah dan kependudukan Buton pada abad ke-17. Belum diketahui sama ada tradisi penulisan sejarah dikalangan orang Melayu dan Sulawesi juga menyimpan catatan tentang peristiwa itu. Sehubungan itu, tempat kemalangan itu boleh menambah pemahaman kita kepada perkapalan Eropah sepanjang abad ke-17. Tidak kurang penting juga peristiwa itu telah menyoroti penulisan sejarah Eropah dan Asia yang sudah diabadikan sekian lama. Kerjasama antara sarjana barat dan timur mengenai peristiwa yang berlaku 350 tahun yang lalu itu diharap akan membawa kepada penyelidikan yang lain
Keywords :
Buton , VOC , etnografi sejarah , manuskrip , kapal karam
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Journal title :
International Journal of the Malay World and Civilisation(Iman)
Record number :
2590147
Link To Document :
بازگشت