• Title of article

    PEMERGIAN PELAJAR MELAYU KE MESIR DARI TAHUN 1910-AN HINGGA 1950-AN: CABARAN DAN IMPLIKASI

  • Author/Authors

    Haris, Abu Hanifah university of malaya - Fakulti Sastera dan Sains Sosial - Jabatan Sejarah, Malaysia

  • From page
    67
  • To page
    84
  • Abstract
    Jumlah pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Mesir telah menunjukkan peningkatan sejak tahun 1920-an. Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan, namun jumlah pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Mesir mencatatkan peningkatan setiap tahun. Artikel ini membincangkan cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran di Mesir, khususnya di Universiti al-Azhar, Kaherah sejak tahun 1910-an hingga 1950-an. Kajian ini dilakukan berdasarkan kaedah kajian perpustakaan dengan meneliti dan menganalisis sumber primer dan sumber sekunder berkaitan cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh pelajar Melayu bagi melanjutkan pelajaran di Mesir. Kajian ini mendapati bahawa pemergian pelajar Melayu ke Kaherah mendedahkan mereka kepada pelbagai cabaran dan rintangan, sama ada sebelum memulakan perjalanan, semasa dalam perjalanan dan selepas menamatkan perjalanan dan tiba di Mesir, khususnya proses mendapatkan pasport dan visa.
  • Keywords
    Mesir , Kaherah , Universiti al , Azhar , Pemergian , Cabaran
  • Journal title
    jurnal al-tamaddun
  • Journal title
    jurnal al-tamaddun
  • Record number

    2599288