Title of article :
Pendekatan Kaunter-Hegemoni Iran di Bawah Kepimpinan Mahmoud Ahmadinejad (2005-2009) Terhadap Hegemoni Amerika Syarikat di Rantau Asia Barat
Author/Authors :
Riki, Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Kajian Rantau Asia Barat, Malaysia , Zairina, Othman Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Strategic Studies and International Relations Programme, Malaysia , Kamaruzaman, Yusoff Universiti Teknologi Malaysia - Fakulti Tamadun Islam, Malaysia , Ruhanas, Harun Universiti Pertahanan Nasional Malaysia - Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Malaysia
From page :
17
To page :
34
Abstract :
Semenjak kehancuran Kesatuan Soviet pada tahun 1991, Amerika Syarikat semakin berleluasa mengembangkan kuasa hegemoninya ke seluruh dunia termasuk ke rantau Asia Barat di mana sumber minyak merupakan kepentingan Amerika Syarikat yang utama di rantau ini. Ini kerana simpanan minyak Amerika Syarikat dari tahun ke tahun terus berkurangan sementara penggunaan dalam sektor pengangkutan, industri, kediaman dan komersil, dan kuasa elektrik terus meningkat. Untuk memenuhi keperluan tersebut, Amerika Syarikat memerlukan bekalan minyak dari wilayah lain, terutamanya Asia Barat dan Iran kerana sumber minyak di wilayah ini sangat melimpah berbanding di wilayah atau negara lain. Namun begitu, usaha Amerika Syarikat untuk mengukuhkan hegemoninya mendapatkan cabaran yang cukup hebat dari Iran yang mengamalkan dasar anti Amerika semenjak tahun 1979. Kajian ini cuba menganalisis strategi kaunter-hegemoni yang digunakan Iran selama berada di bawah kepimpinan Mahmoud Ahmadinejad bagi penggal pertama (2005-2009) dalam menentang perluasan hegemoni Amerika Syarikat di rantau ini. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan deskriptif dan analisis digunakan bagi memahami dan menilai strategi Iran di bawah pimpinan Ahmadinejad. Menerusi teori kaunter-hegemoni sebagai alat analisis, kajian ini mendapati bahawa Iran menggunakan pendekatan war of position bagi menentang hegemoni Amerika Syarikat. Kajian ini juga mendapati bahawa pendekatan kaunter hegemoni Iran ini dapat dilihat sebagai usaha mengimbangi kuasa Amerika Syarikat di rantau Asia Barat
Keywords :
Kaunter , Hegemoni , Amerika Syarikat , Iran , Mahmoud Ahmadinejad , War of Position
Journal title :
International Journal Of West Asian Studies
Journal title :
International Journal Of West Asian Studies
Record number :
2604571
Link To Document :
بازگشت