Title of article
Puisi-Puisi Eksperimen: Kerelevanan dan Signifikannya Dalam Sajak Melayu Moden
Author/Authors
Khalid, Rosna Mohd. no Affiliation
Pages
21
From page
1
To page
21
Abstract
Suatu keghairahan kepada yang baru dan sifatnya memberontak pada apa yang ada, tegasnya inovasi bukanlah merupakan suatu keadaan yang ganjil kerana ia tetap berlaku pada setiap kurun dan zaman. Apalagi dalam era teknologi maklumat kini di mana perhubungan global berlangsung dengan cukup pantas dan saintifik sekaligus mewujudkan suatu persekitaran yang memberangsangkan. Hal ini turut mempengaruhi dunia persuratan Melayu di Malaysia malah semakin disemarakkan apabila sastera itu sudah luas audiensnya serta pelbagai ragam permintaannya. Justeru berlaku suatu fenomena yang menarik dalam perkembangan genre sastera Melayu moden khasnya genre sajak (puisi) yang mendasari tajuk perbincangan di dalam kertas ini apabila ia turut dipengaruhi dengan adanya semacam eksperimen yang beragam sifatnya.
Keywords
Puisi-Puisi Eksperimen , Kerelevanan dan Signifikannya , Melayu Moden
Journal title
Jurnal Melayu
Serial Year
2008
Journal title
Jurnal Melayu
Record number
2625088
Link To Document