Title of article :
Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes Pelajar Tahun Satu di UKM
Author/Authors :
Mustaffa, Rosniah Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
From page :
1
To page :
32
Abstract :
Kebanyakan pengajaran di peringkat tertinggi di Malaysia dijalankan secara kaedah visual dan auditori di mana pelajar banyak membaca serta menggunakan deria pendengaran untuk mendengar syarahan serta perbincangan dalam bilik darjah. Sebahagian besar fokus kajian kes ini tertumpu kepada persoalan samada pelajar kurang mahir tahun satu yang tidak dikecualikan dari mengambil kursus bahasa Inggeris paling asas dari program Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Inggeris (B.A ELS) di Universiti Kebangsaan Malaysia boleh mengadaptasi gaya pembelajaran mereka di luar mod keutamaan mereka dengan membuat latihan. Latihan yang diberikan adalah dalam bentuk mod visual dan auditori serta cara bekerja secara individu yang dijalankan oleh penyelidik selama lapan bulan. Alat untuk mengumpul data terdiri dari soal selidik gaya pembelajaran perseptual (Perceptual Learning Style Preference) olahan Reid (1984, dlm. Reid, 1995), penulisan jurnal, temubual separuh berstruktur dan pemerhatian. Antara dapatan kajian ini ialah: 1) kebanyakan pelajar terlibat mempunyai sekurang-kurangnya gaya kinaestetik dan, atau taktil sebagai gaya pembelajaran perseptual major mereka dan mereka memilih bekerja secara berkumpulan sebagai gaya pembelajaran sosiologi major; 2) selepas menjalani latihan, pelajar menunjukkan reaksi serupa iaitu mereka mendapati sukar untuk menyiapkan tugasan visual atau auditori, mempunyai cara belajar yang sama dan menunjukkan reaksi negatif ke atas gaya pembelajaran yang tidak sepadan dengan gaya pembelajaran major sedia ada. Walau bagaimanapun mereka mendapati teknik baru pembelajaran auditori dan visual berkesan apabila diamalkan di dalam kelas. Namun, mereka kurang mengamalkan teknik-teknik pembelajaran yang baru tersebut kerana mendapati sukar mengadaptasikan sesuatu yang baru.
Keywords :
gaya pembelajaran , auditori , visual , kinaestetik , taktil
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648235
Link To Document :
بازگشت