• Title of article

    Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris)

  • Author/Authors

    Ho-Abdullah, Imran Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Malaysia

  • From page
    125
  • To page
    141
  • Abstract
    Peribahasa berkaitan dengan haiwan boleh ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya. Makalah ini membincangkan mekanisme kognitif yang membolehkan manusia membentuk peribahasa melibatkan haiwan dalam dari sudut linguistik kognitif. Khususnya, peranan metafora Rantaian Mahkluk Utama (RUM) dan metonimi spesifik melambangkan yang generik dalam semantik peribahasa Melayu berkaitan dengan anjing diteliti. Metafora RUM berasaskan satu pandangan budaya rakyat (folk culture) tentang hieraki makhluk dalam dunia hakiki. Menurut hieraki ini, setiap haiwan secara protaip mempunyai tingkah laku naluri masing-masing. Namun, budaya dan pengalaman masyarakat yang berbeza dalam berinteraksi dengan haiwan seperti anjing, kucing dan sebagainya akan membentuk model kognitif yang berbeza yang tercermin dalam peribahasa haiwan dalam bahasa tersebut. Mekanisme metonimi pula berperanan memindahkan sesuatu tingkah laku spesifik haiwan kepada sesuatu trait manusia secara umum. Hal ini memungkinkan skema metaforikal tentang pelbagai haiwan diwujudkan. Kerangka Ibañez-Moreno (2005) digunakan untuk menganalisis peribahasa Melayu bersumberkan anjing dengan melakukan pemetaan mandala sumber dan sasaran berdasarkan metafora dan metonimi itu. Analisis mendapati dalam peribahasa Melayu, anjing lazimnya dipetakan kepada orang yang lemah, hina, jahat, serta tidak berilmu. Ini amat berbeza dengan pemetaan yang berlaku dalam bahasa Inggeris di mana anjing sering dipetakan kepada manusia yang taat setia. Sekali gus, hal ini menampakkan perbezaan antara proposisi dan skema metaforikal dalam semantik peribahasa haiwan.
  • Keywords
    semantik kognitif , peribahasa haiwan , bahasa Melayu , metafora , metonimi
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Journal title
    GEMA Online Journal of Language Studies
  • Record number

    2648436