Title of article :
Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu
Author/Authors :
Mahamod, Zamri Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Noor, Nur Aisyah Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
From page :
163
To page :
177
Abstract :
Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap aplikasi multimedia dalam pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu (Komsas). Kajian ini menggunakan perisian multimedia bagi novel Istana Menanti yang digunakan oleh pelajar Tingkatan 1. Perisian PPBK ini dibangunkan bagi memenuhi sukatan pelajaran baharu Bahasa Melayu bagi Tingkatan 1 khususnya bagi Komponen Sastera Bahasa Melayu yang digunakan mulai tahun 2010. Perisian ini dibangunkan berdasarkan strategi dan teori-teori pembelajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan interaktif. Seramai 60 orang guru Bahasa Melayu daripada empat buah sekolah menengah di daerah Muar Johor dijadikan sampel kajian. Dapatan kajian dipungut menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan perisian aplikasi multimedia membantu proses pengajaran guru di dalam bilik darjah menjadi lebih fleksibel dan efektif. Selain itu, alat bantu multimedia ini juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha menarik minat dan motivasi dalam pembelajaran berteraskan bahan sastera
Keywords :
proses pengajaran , nilai murni , kemahiran berfikir , strategi pembelajaran , komponen sastera
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648454
Link To Document :
بازگشت