Title of article :
“Saya Suka Tapi Tak Bangga” – Satu Kajian Sikap Bahasa
Author/Authors :
Chee, Lam Kai Universiti Malaysia Sarawak - Pusat Pengajian Bahasa, Malaysia , Ghazali, Kamila university of malaya - Jabatan Bahasa Inggeris, Malaysia
From page :
275
To page :
293
Abstract :
Kajian ini menyelidik tentang sikap bahasa komuniti atas talian yang berbangsa Cina di Kuching, Sarawak. Variasi-variasi yang dikaji ialah bahasa Mandarin Standard, bahasa Mandarin basahan, dialek Hokkien, dan dialek Kantonis. Instrumen pengumpulan data terdiri daripada ujian matched-guise (kaedah tidak langsung) dan soal selidik (kaedah langsung). Sejumlah 403 responden mengambil bahagian dalam survei kajian ini. Dapatan berdasarkan ujian matched-guise dengan sokongan daripada maklum balas responden dalam soal selidik mencadangkan faktor-faktor sosial iaitu kumpulan umur dan taraf sosioekonomi mempunyai pengaruh ke atas penilaian variasi-variasi. Secara keseluruhannya, bahasa Mandarin Standard dan dialek Kantonis dinilai ‘tinggi’ dan ‘positif’ secara konsisten dari kedua-dua dimensi status dan kekitaan, sementara dialek Hokkien dan bahasa Mandarin basahan pula dilaporkan sebagai lebih menyerlah dari dimensi kekitaan berbanding status
Keywords :
sikap bahasa , Kuching , komuniti atas talian , survei , kaedah tidak langsung
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648589
Link To Document :
بازگشت