Title of article :
Kajian Akustik Realisasi Kontras Penyuaraan Bunyi Plosif Bahasa Melayu
Author/Authors :
Shahidi, A.H Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Malaysia , Aman, Rahim Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Malaysia , Hamid, Zulkifley Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan - Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Malaysia
From page :
745
To page :
760
Abstract :
Kertas kerja ini menyerlahkan hasil kajian akustik terhadap realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif bahasa Melayu. Pengukuran secara akustik (via analisis spektrografik) ini melibatkan penelitian ke atas ciri Voice Onset Time (VOT), Tempoh Sekatan, Penyuaraan Sewaktu Sekatan, Tempoh Kepanjangan Vokal dan Palang Suara bagi plosif /p, b, t, d, k, g/. Bagi bunyi plosif di posisi akhir kata, pengukuran khusus dilakukan dengan meneliti keseluruhan rima sukukata akhir dan pola suara (Open Quotient, F1 Bandwidth dan Spectral Tilt). Hasil kajian menunjukkan bahawa bahasa Melayu tergolong dalam kelompok SVL vs. VL. SVL adalah VOT Penyuaraan Singkat atau Serta-merta (Short Voicing Lag) bagi bunyi plosif tak bersuara manakala VLD adalah VOT Penyuaraan Awalan (Voicing Lead) bagi bunyi plosif bersuara. Kajian ini turut menyerlahkan bukti pola neutralisasi kontras penyuaraan plosif di posisi akhir kata bahasa Melayu
Keywords :
kajian akustik , analisis spektrografik , plosif , kontras penyuaraan , Voice Onset Time
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648679
Link To Document :
بازگشت