Title of article :
Wanita Sebagai Objek Seks: Penanganannya Dalam Novel Bila Hujan Malam
Author/Authors :
Mohd. Tahir, Ungku Maimunah Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Alam dan Tamadun Melayu, Malaysia
From page :
539
To page :
553
Abstract :
Makalah ini menganalisis novel Bila hujan malam hasil Azizi Haji Abdullah untuk menentukan kesahihan dakwaan pengkritik tentang tingginya mutu novel berkenaan. Makalah ini menggunakan gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan (1992), dengan memberi perhatian kepada taklif atau pertanggungjawaban dan akauntabiliti kepada Ilahi sebagai teras gagasan tersebut, di samping perbezaan penting antara ‘ilmu/wacana’ dan ‘cerita’ yang menjadi penekanannya. Makalah ini menyerlahkan “wanita sebagai objek seks” sebagai persepsi utama novel ini, yang diterapkan melalui empat strategi penceritaan. Strategi tersebut ialah menggunakan aspek tertentu teknik ‘asal mula yang tidak dijelaskan’, menjadikan perkosaan yang di luar kuasa dan kesedaran wanita sebagai satu-satunya jenis hubungan seks yang ada, menyediakan konteks kondusif bagi perkosaan dan sanggama, dan meniadakan peranan lain bagi wanita selain sebagai objek seks. Makalah ini menyanggah dakwaan bermutunya Bila hujan malam atas dasar novel tersebut mengangkat kejahatan sebagai pengucapan seni yang wajar, di samping menjadikan wacana tidak relevan dalam penstrukturannya. Dengan berbuat demikian, novel sekali gus menjadikan Bila hujan malam karya yang berlegar semata-mata di tahap cerita dan membikin-cerita. Justeru, makalah ini menyimpulkan bahawa novel Bila hujan malam tidak lebih daripada sebuah karya picisan yang kontang dari segi isian intelektual dan mutu seni
Keywords :
Persuratan Baru , wacana , cerita , objek seks , picisan
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2648685
Link To Document :
بازگشت