Title of article :
Faktor Kesopanan dan Strategi Komunikasi dalam Genre Perbincangan di Televisyen
Author/Authors :
Mashudi, Rohaidah Universiti Multimedia, Malaysia , Musanif, Ahmad Mahmood Universiti Putra Malaysia, Malaysia , Abdul Aziz, Adi Yasran Universiti Putra Malaysia, Malaysia , Mohamad, Hasnah Universiti Putra Malaysia, Malaysia
From page :
163
To page :
178
Abstract :
Program perbincangan interaktif di televisyen adalah dikategorikan sebagai genre berdasarkan beberapa kriteria yang telah dikenal pasti mengikut analisis genre linguistik. Penonjolan gejala penggunaan bahasa dalam genre perbincangan di saluran-saluran televisyen ini menjelaskannya sebagai suatu peristiwa bahasa. Peristiwa bahasa perbincangan di televisyen telah mewujudkan perhubungan dua hala dalam kalangan pemeran. Justeru, proses sosial yang ada memerlukan penelitian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kesopanan dan strategi komunikasi yang digunakan oleh pemeran-pemeran. Strategi komunikasi yang dikaitkan dengan kesopanan ini perlulah ditandai dengan beberapa faktor antaranya, faktor peranan dan perbezaan taraf sosial. Penafian terhadap pengaruh faktor-faktor penggunaan kesopanan dan pelanggaran dalam strategi komunikasi hanya mencetuskan kecelaruan pemeran terhadap pemahaman tentang suatu budaya dan sosialnya. Kajian ini memberi tumpuan kepada genre perbincangan yang bersiaran di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) saluran perdana TV 1. Penelitian terhadap faktor penggunaan kesopanan dan strategi komunikasi yang terdapat dalam peristiwa bahasa ini dianalisis dan dijelaskan mengikut pendekatan Asmah Hj Omar. Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan dan menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan strategi komunikasi yang ditandai dengan kesopanan dalam genre perbincangan di televisyen. Tiga genre perbincangan daripada Forum Hal Ehwal Islam di RTM TV1 direkodkan sebagai teks kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa strategi komunikasi yang ditandai dengan kesopanan yang berterusan mewujudkan komunikasi berkesan dalam mencapai tujuan sebenar suatu perbincangan yang bersiaran di televisyen.
Keywords :
kesopanan , strategi komunikasi , genre perbincangan , wacana , linguistik
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Journal title :
GEMA Online Journal of Language Studies
Record number :
2649359
Link To Document :
بازگشت