Title of article :
PENYELESAIAN MASALAH BAGI PERSAMAAN SERENTAK MENGGUNAKAN PERISIAN EXCEL DALAM KALANGAN MURID TINGKATAN EMPAT
Author/Authors :
Abidin, Suharti Zainal university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Zamri, Sharifah Norul Akmar Syed university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia
From page :
20
To page :
26
Abstract :
Kajian kes ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana murid tingkatan empat menyelesaikan masalah persamaan serentak menggunakan perisian Excel. Dua aspek telah diberi tumpuan bagi menjawab persoalan kajian iaitu proses dan strategi yang digunakan murid untuk menyelesaikan masalah persamaan serentak menggunakan perisian Excel. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Daerah Bentong, Pahang. Pengumpulan data telah menggunakan Aktiviti Sebelum Menggunakan Excel, Aktiviti Selepas Menggunakan Excel, temu bual dan catatan pengkaji. Data dianalisis secara kualitatif menggunakan Skor Analitik yang dicadangkan oleh Charles, Lester, dan O’Daffer (1997). Proses penyelesaian masalah dalam kajian ini mencakupi empat fasa yang dicadangkan oleh Polya (1945) iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, melaksanakan perancangan dan semakan. Dapatan kajian mendapati sebilangan murid hanya melihat aktiviti penyelesaian masalah sebagai berfokus kepada mendapatkan jawapan akhir semata-mata tanpa mencari makna di setiap jawapan tersebut dengan melakukan semak semula. Kajian juga menunjukkan murid menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah dalam Aktiviti Selepas Menggunakan Excel berbanding dengan Aktiviti Sebelum Menggunakan Excel
Journal title :
Juku: Jurnal Kurikulum and Pengajaran Asia Pasifik
Journal title :
Juku: Jurnal Kurikulum and Pengajaran Asia Pasifik
Record number :
2662287
Link To Document :
بازگشت