Title of article
APLIKASI PENDEKATAN FUZZY DELPHI UNTUK MEMBANGUNKAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK HOMESCHOOLING MENGGUNAKAN MEDIA ANIMASI INTERAKTIF
Author/Authors
Abdul Rahman, Mohd. Nazri university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Wasli, Mohamad Muhidin Patahol university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Ahmad, Zanariah university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Said, Aniza Mohd university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Siraj, Saedah university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Alias, Norlidah university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia , Hussin, Zaharah university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia
From page
34
To page
40
Abstract
Ledakan teknologi maklumat telah mencetuskan fenomena baru dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada pendidikan alternatif homeschooling. Animasi Interaktif merupakan pendekatan baharu yang boleh dijadikan medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling. Animasi interaktif merupakan media pendidikan yang mengintegrasikan lima elemen utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri animasi interaktif yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi. Pendekatan pembelajaran kanak-kanak Homeschooling dengan berbantukan animasi interaktif bukan sahaja dapat memudahkan proses pembelajaran tetapi juga meningkatkan motivasi kanak-kanak homeschooling. Seramai 15 orang pakar bidang pendidikan kanak-kanak homeschooling dan teknologi pendidikan telah dipilih untuk menganalisis fuzziness konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa animasi interaktif sesuai diaplikasikan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling.
Keywords
Homeschooling , Home Education , Pendidikan Alternatif , Animasi Interaktif
Journal title
Juku: Jurnal Kurikulum and Pengajaran Asia Pasifik
Journal title
Juku: Jurnal Kurikulum and Pengajaran Asia Pasifik
Record number
2662288
Link To Document