Title of article
RANCANGAN PEMBANGUNAN MALAYSIA: ISU TUKAR-GANTI (TRADE-OFF ) ANTARA PERTUMBUHAN DENGAN KELESTARIAN
Author/Authors
SIWAR, CHAMHURI Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Malaysia , DAMANHURI, NASYRAH AHMAD Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Malaysia , AZIZ, SARAH AZIZ ABDUL GHANI Universiti Kebangsaan Malaysia - Institut Alam Sekitar dan Pembangunan, Malaysia
From page
7
To page
33
Abstract
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyasarkan Malaysia mencapai pertumbuhan enam sehingga tujuh peratus sepanjang tempoh rancangan. Pertumbuhan yang tinggi ini akan menjadi aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. Walau bagaimanapun, persoalan timbul apabila, pertumbuhan negara dikaitkan dengan konsep pembangunan lestari yang berlandaskan pembangunan ekonomi yang menitikberatkan kesejahteraan sosial dan kelestarian alam sekitar. Adakah negara perlu mengejar pertumbuhan yang diukur menerusi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)? Bagaimana negara menangani isu berkaitan pembangunan lestari yang mengambil kira perkiraan terhadap alam sekitar? Dalam Model Ekonomi Baru (MEB) telah menjelaskan tiga komponen utama yang diberi penekanan; inclusiveness, negara berpendapatan tinggi dan kelestarian. Kajian ini akan menyingkap hubung kait ketiga-tiga komponen ini, menganalisis dan menjawab persoalan apakah tukar-ganti antara ketiganya yang merangkumi isu pengagihan pendapatan, kemiskinan, ketidakseimbangan pendapatan menerusi pekali gini dan isu berkaitan pembangunan lestari.
Keywords
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK , 10) , indikator pembangunan lestari
Journal title
International Journal of Management Studies
Journal title
International Journal of Management Studies
Record number
2662860
Link To Document