• Title of article

    Isoterma dan Kinetik Penjerapan Boron oleh Batu Kapur Sebagai Penjerap Berkos Rendah

  • Author/Authors

    HALIM, A.A. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia , AHMAD, MOHD FIRHAD Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Malaysia

  • From page
    1689
  • To page
    1696
  • Abstract
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan isoterma dan kinetik penjerapan bahan pencemar boron daripada air sisa sintetik menggunakan batu kapur sebagai bahan penjerap berkos rendah. Penjerapan boron berlaku secara optimum pada julat pH6-8, masa sentuhan pada 90 min dan dos batu kapur 240 g/L yang penyingkirannya mencapai 40%. Isoterma penjerapan lebih diwakili oleh model Freundlich (R² = 0.91) berbanding model Langmuir (R² = 0.78) yang menunjukkan penjerapan secara multilapisan adalah dominan. Kajian kinetik penjerapan menunjukkan penjerapan boron ke atas batu kapur mematuhi dengan baik model penjerapan pseudo-tertib pertama (R2 = 0.93), pseudo-tertib kedua (R² = 0.987), Elovich (R² = 0.931) dan Intrapartikel (R² = 0.960). Mekanisme penjerapan secara kimia adalah dominan berdasarkan nilai R2 yang paling tinggi bagi model pseudo-tertib kedua.
  • Keywords
    Batu kapur , penjerapan , penyingkiran boron
  • Journal title
    Sains Malaysiana
  • Journal title
    Sains Malaysiana
  • Record number

    2663557