• Title of article

    Pengesahan bagi Mengesan Bakteria Patogen Makanan Menggunakan Teknologi Mikroaturan DNA

  • Author/Authors

    SAWEI, JELIN Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia , SANI, NORRAKIAH ABDULLAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia , ABDULLAH, AMINAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia , ABD. MUTALIB, SAHILAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Malaysia

  • From page
    1715
  • To page
    1720
  • Abstract
    Kajian ini dijalankan untuk mengesahkan kemampuan teknologi DNA mikroaturan cip gen Olipro™ FoodPATH bagi mengesan bakteria patogen makanan. Sebanyak 9 jenis DNA bakteria patogen makanan telah digunakan iaitu Bacillus cereus, Escherichia coli O157:H7, Staphylococcus aureus, Vibrio cholerae, Vibrio parahaemolyticus, Listeria monocytogenes, Salmonella spp., Shigella spp. dan Campylobacter spp. Sebanyak 36 kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan telah digunakan. Pengesahan bagi mengesan bakteria patogen makanan dilakukan dengan menggunakan kaedah reaksi berantai polimerase (PCR) dan penghibridan Southern-blotting di atas cip gen untuk mengesahkan kemampuannya. Keputusan daripada analisis hibridasi di atas cip gen telah dibandingkan dengan hasil gel elektroforesis 2.0% (w/v). Lima saringan diperlukan untuk menghabiskan 36 kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan. Setiap saringan, satu cip gen telah digunakan sebagai kawalan negatif tidak diinokulasikan dengan sebarang kombinasi DNA bakteria patogen makanan. Daripada hasil kajian, didapati bahawa semua kombinasi templat DNA bakteria patogen makanan telah dapat dikesan. Cip yang digunakan sebagai kawalan negatif tidak menunjukkan kehadiran DNA. Oleh itu, daripada kajian ini cip gen OliproTM FoodPATH didapati memberikan keputusan yang lebih baik berbanding dengan 2.0% (w/v) gel elektroforesis.
  • Keywords
    Bakteria patogen makanan , cip gen Olipro™ FoodPATH, mikroaturan DNA
  • Journal title
    Sains Malaysiana
  • Journal title
    Sains Malaysiana
  • Record number

    2663563