Title of article
IMĀM ABŪ HASAN AL-ASY‘ARĪ: ANALISA BERHUBUNG SUMBANGAN TAJDID DAN ISLAHNYA
Author/Authors
Berahim, Ahmad Zaki university of malaya - Akademi Pengajian Islam - Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Malaysia
From page
93
To page
116
Abstract
Al-Imām Abū Hasan al-Asy‘arī (883-935 M) adalah antara mujaddid agung umat Islam. Melalui usaha dan kegigihan beliau dalam perdebatan, penulisan dan dakwah telah berjaya mengembalikan masyarakat Islam kepada kemurnian akidah, penghayatan syariah dan kehidupan beretika di kalangan masyarakat Islam zamannya yang berhadapan serangan pendekatan rasional akal hinggamengenepikan pernyataan al-Qur’an dan al-Sunnah. Rencana ini cuba membuat sorotan ringkas terhadap sumbangan dan peranan Abū Hasan al-Asy‘arī untuk diambil iktibar dalam menangani isu-isu penyelewengan agama semasa. Beliau memulakan peranan tajdid dengan menunjukkan tauladan memenuhi taubat kerana aktiviti penyelewengan pemikiran diikuti kemudian dengan usaha gigih menangani penyelewengan melalui usaha dialog, penulisan dan dakwah serta akhirnya meletakkan asas kepada ilmu kalam sunni. Melaluinya, Abū Hasan al- Asy‘arī mengemukakan analisa pernyataan al-Qur’an dan al-Sunnah berasaskan hujah-hujah rasional akal dalam penentangan dan penolakan terhadap rasional akal oleh kalangan pemimpin muktazilah hingga ia dapat dipatahkan dari menguasai masyarakat zamannya. Seperti diketahui umum dalam kenyataan al- Qur’an terdapat jumlah ayat yang besar hujah-hujah berbentuk akliah dalam menegak kebenaran dan mengenepikan kebatilan. Melalui Abū Hasan al-Asy‘arī lahir asas kepada ilmu kalam sunni. Beliau mengambil pendekatan pendidikan akidah ulūhiyyah berasaskan sifat dua puluh dan mengaplikasikan asas memenuhi taubat kerana kesilapan berbentuk pemikiran.
Keywords
Abū Hasan al , Asy‘arī , Asyā‘irah , ilmu kalam , sunni , akli
Journal title
jurnal al-tamaddun
Journal title
jurnal al-tamaddun
Record number
2663626
Link To Document