• Title of article

    KONSEP FEMINISME ISLAM DI DALAM FILEM KETIKA CINTA BERTASBIH

  • Author/Authors

    Yusof, Abdullah university of malaya - Akademi Pengajian Islam - Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, Malaysia , Abd. Rahim, Rahimin Affandi university of malaya - Akademi Pengajian Islam - Jabatan Fiqh dan Usul, Malaysia , Abdul Kadir, Nor Adina university of malaya - Akademi Pengajian Islam - Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Malaysia , Bt Md Dahlal, Nor Hayati university of malaya - Akademi Pengajian Islam - Jabatan Fiqh dan Usul, Malaysia

  • From page
    131
  • To page
    147
  • Abstract
    Penerapan mesej dan isu sosial menerusi filem adalah dalam kerangka untuk mendidik dan membangunkan minda masyarakat. Tulisan ini akan memfokuskan unsur-unsur feminisme yang terkandung dalam filem berunsurkan Islam iaitu filem Ketika Cinta Bertasbih arahan Chaerul Umam. Ia mengandungi beberapa kupasan utama. Pertama, pengenalan mengenai apa dan bagaimana konsep feminisme tersebar di dalam masyarakat. Kedua, respon sarjana Islam terhadap konsep feminisme. Ketiga, keistimewaan pemilihan filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ sebagai fokus kajian. Keempat, analisis tema feminisme Islam di dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Kelima, kesimpulan. Filem ini mengandungi elemen kesusasteraan melalui penzahiran dan pemakaian perkataan tertentu yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Feminisme dalam masyarakat, sama ada masyarakat Melayu atau di luar dari masyarakat Melayu termasuk masyarakat dunia, masih relevan diperkatakan oleh ahli-ahli akademik ataupun dalam penulisan kreatif termasuk dalam filem kerana kepentingan manusia antara lelaki dan perempuan mempunyai perbezaan dalam aspek-aspek politik, ekonomi, sosial dan budaya. Selain itu, genre filem Islamik membuktikan keindahan Islam itu sendiri yang bersifat sempurna, saling lengkap melengkapi dalam menyelesaikan isu-isu kehidupan.
  • Keywords
    Filem Islam , filem Melayu , Feminisme , Ketika Cinta Bertasbih , Chaerul Umam
  • Journal title
    jurnal al-tamaddun
  • Journal title
    jurnal al-tamaddun
  • Record number

    2663628