Title of article :
PERANAN DAN SUMBANGAN MUHAMMAD B. ‘UMAR AL-WĀQIDĪ DALAM BIDANG PENSEJARAHAN ISLAM
Author/Authors :
Mujani, Wan Kamal Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pengajian Islam, Pusat Kembangan Pendidikan (PKP, UKM), Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB, UKM) - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Malaysia
Abstract :
Muhammad b. ‘Umar al-Waqidi (130-207H/747-822M) adalah seorang sejarawan Madinah dan terkenal dalam bidang Sirah dan Maghazi. Ketokohannya dapat dilihat melalui hasil karyanya yang berharga dan kebanyakannya berkaitan dengan sejarah. Penulisan utama al-Waqidi iaitu Kitab al-Maghazi membahas tentang Saraya dan Ghazawat selama kehidupan Rasulullah s.a.w di Madinah. Ia adalah karya asli dan tidak ada unsur plagiat seperti yang didakwa oleh beberapa orientalis. al- Waqidi dilaporkan menulis dengan mendapatkan fakta-fakta dari sumber autoriti. Ketika beliau menulis tentang Ghazwah, beliau akan pergi ke tempat di mana Ghazwah itu berlaku dan mengamati peristiwa tersebut. Ini adalah salah satu faktor yang memberinya keabsahan dalam historiografi berbanding dengan sejarawan lain. Selanjutnya, tulisan beliau didasarkan pada kronologi dan tarikh yang disebutkan dalam setiap peristiwa. Selain itu, beliau juga menggunakan kata yang sederhana dan ada penjelasan geografi dalam tulisannya. Sampai saat ini, Kitab al-Maghazi tetap sebagai sumber utama untuk Saraya dan Ghazawat yang berlaku pada zaman Muhammad s.a.w. Walaupun, beberapa ahli Hadīth mempersoalkan yang autoriti al-Waqidi, peranan dan sumbangan dalam historiograph Islam awal tidak dapat disangkal.
Keywords :
Al , Waqidi , Historiografi Islam , Saraya , Ghazawat , Sejarah Islam
Journal title :
jurnal al-tamaddun
Journal title :
jurnal al-tamaddun