Title of article :
Pembangunan sosial 50 tahun merdeka
Author/Authors :
Hatta, Zulkarnain A. Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Malaysia , Pandian, Sivamurugan Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Malaysia , Farouk, Azeem Fazwan Ahmad Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Malaysia
From page :
33
To page :
42
Abstract :
Pada tahun 2007, Malaysia meraikan ulangtahun 50 tahun kemerdekaan. Sepanjang 50 tahun, banyak perubahan yang telah berlaku dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara. Barisan kepimpinan negara memastikan bahawa negara akan terus membangun sejajar dengan perubahan di peringkat global dan keupayaan untuk mentadbir dengan sendiri tanpa bergantung kepada pihak penjajah menunjukkan bahawa pentadbiran negara mengutamakan kebajikan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Oleh yang demikian, artikel ini cuba mengupas pencapaian pembangunan sosial yang telah dinikmati sepanjang 50 tahun yang lalu. Ini termasuklah dalam sektor pendidikan, wanita, pekerjaan, kesihatan dan kemiskinan. Kesemua sektor ini merupakan antara agenda sosial yang mendominasi pembangunan sosial yang turut mempengaruhi persekitaran dan kualiti kehidupan masyarakat negara ini. Proses pembangunan sosial dianggap penting supaya aktiviti pembangunan ekonomi dan proses modenisasi tidak memberi kesan sampingan ke atas kesejahteraan masyarakat. Artikel ini juga memberi tumpuan ke atas faktor yang menyumbang kepada pencapaian pembangunan sosial di negara ini dan memberi cadangan bagaimana penambahbaikan boleh dilakukan untuk pencapaian yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Record number :
2663965
Link To Document :
بازگشت