Title of article
Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan
Author/Authors
Yaacob, Zulnaidi Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Jarak Jauh, Malaysia
From page
1
To page
13
Abstract
Kajian ini bertujuan menguji kesan amalan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan dalam kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Kajian ini didorong oleh hasil penelitian literatur yang mendedahkan bahawa isu prestasi perkhidmatan PBT masih sering diperkatakan walaupun inisiatif pengurusan kualiti di PBT telah bermula hampir 20 tahun yang lalu. Kajian ini memberi sumbangan kepada pengayaan khazanah ilmu terutama bidang kajian pengurusan kualiti untuk PBT. Bukti empirik lepas tentang hubungan antara kedua-dua pembolehubah ini banyak berasaskan praktis sektor perniagaan, yang mengakibatkan isu sama berkait dengan PBT belum diselidiki sepenuhnya. Penemuan kajian mendapati komitmen pengurusan, tumpuan pelanggan, penambahbaikan berterusan dan sistem maklumat kualiti mempunyai hubungan yang siginifikan dengan prestasi perkhidmatan. Sebaliknya, hubungan antara pengurusan sumber manusia dan prestasi perkhidmatan didapati tidak signifikan.
Journal title
Jurnal Kemanusiaan
Journal title
Jurnal Kemanusiaan
Record number
2663967
Link To Document