Title of article :
Sikap pelajar institusi pengajian tinggi terhadap hubungan seks sebelum kahwin: Satu tinjauan di Sabah
Author/Authors :
Ramanaidoo, Surammah Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia , Rathakrishnan, Balan Universiti Malaysia Sarawak, Malaysia
From page :
113
To page :
133
Abstract :
Masalah hubungan seks sebelum kahwin semakin meningkat di kalangan remaja. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sikap pelajar institusi pengajian tinggi terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Dalam kajian ini, pengkaji melihat sikap pelajar terhadap hubungan seks sebelum kahwin, sumber-sumber memperolehi pengetahuan seks dan perbezaan sikap antara subjek berdasarkan ciri-ciri demografi seperti jantina, etnik dan tempat asal. Kajian ini dilakukan ke atas 250 orang pelajar di Universiti Malaysia Sabah. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Ujian t dan ANOVA sehala melalui program SPSS versi-12. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar bersikap konservatif terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek lelaki dan subjek perempuan terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Di mana, subjek lelaki lebih bersikap liberal terhadap hubungan seks sebelum kahwin berbanding dengan subjek perempuan. Hasil kajian juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara subjek berlainan etnik terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Manakala, tempat asal tidak memberikan perbezaan ke atas sikap terhadap hubungan seks sebelum kahwin. Selain itu, rakan sebaya menjadi sumber utama untuk memperolehi pengetahuan tentang seks. Akhir sekali, semua pihak yang bertanggungjawab harus mengambil tindakan sewajar untuk mengurangkan masalah hubungan seks sebelum kahwin di kalangan remaja.
Keywords :
Kepuasan kerja intrinsik , kepuasan kerja ekstrinsik , keinginan pekerja untuk berhenti kerja
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Record number :
2664003
Link To Document :
بازگشت