Title of article
AGENDA HASAN AL-BANNA DALAM PEMBANGUNAN INSAN MENERUSI PENULISAN KARYA MAJMU’AT AL-RASAIL
From page
1
To page
14
Abstract
Pembangunan Insan adalah antara misi utama ajaran Islam. Islam mendukung penuh usaha membentuk dan membangunkan manusia berkualiti bahkan konsep kualiti itu sendiri adalah unik dalam Islam kerana ia merangkumkan kedua-dua aspek fizikal dan spiritual, dunia dan akhirat. Makalah ini sedaya upaya cuba mengupas pandangan Hasan al-Banna dalam penulisan ‘Majmu’at al-Rasail’ yang telah mengemukakan 10 elemen ciri dalam pembangunan insan menerusi rukun beramal, namun pengkaji hanya membahaskan 5 daripada 10 elemen tersebut, iaitu akidah yang jitu, konsep Ibadat yang menepati piawaian Islam, memelihara tubuh badan agar sentiasa sihat, sentiasa memelihara akhlak terpuji dan berusaha menggarap ilmu. Justeru, 5 elemen tersebut dalam ‘Majmu’at al-Rasail’ telah menyumbang kepada aspek pembangunan insan itu sendiri. Kupasan ini diharap dapat mencungkil sumbangan Hasan al-Banna dalam aspek pembanguan insan, terutama dalam konteks melahirkan lebih ramai lagi individu dalam tanah air dan seterusnya masyarakat yang benar-benar berkualiti.
Keywords
Hasan al , Banna , pembangunan insan , penulisan kitab Majmu’at al , Rasail’
Journal title
Jurnal Kemanusiaan
Journal title
Jurnal Kemanusiaan
Record number
2664035
Link To Document