• Title of article

    WACANA CERITA RAKYAT MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR KOREA

  • From page
    12
  • To page
    21
  • Abstract
    Kajian ini tertumpu kepada persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan membincangkan persepsi pelajar terhadap cerita rakyat Melayu. Sampel kajian terdiri daripada 20 subjek pelajar lelaki dan perempuan di Hankuk University of Foreign Studies, Korea. Pelajar diberi tiga buah cerita rakyat dan mereka ditemu bual berpandukan kefahaman mereka terhadap cerita tersebut. Perbualan mereka dirakam dan dianalisis dengan menggunakan analisis wacana oleh Brown Yule (1983). Keputusan kajian mendapati bahawa pelajar telah membuat andaian, implikasi, rujukan dan inferens melalui ujaran tentang cerita tersebut. Pelajar berbincang dengan menggunakan ayat-ayat yang berbentuk andaian, implikasi, rujukan dan inferens. Selain itu, pelajar amat menyukai cerita rakyat kerana semua cerita adalah menarik dan mudah untuk difahami. Adalah diharapkan supaya kajian akan datang dapat membezakan di antara cerita rakyat Melayu dengan cerita rakyat Korea.
  • Keywords
    cerita rakyat Melayu , persepsi , teori analisis wacana
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Journal title
    Jurnal Kemanusiaan
  • Record number

    2664040