Title of article :
FENOMENA DELINKUEN DALAM KALANGAN REMAJA YANG BERISIKO DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DI LUAR BANDAR MALAYSIA
Author/Authors :
Mustafa, Mohd. Nuri Universiti Putra Malaysia(UPM) - Fakulti Pengajian Pendidikan - Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Malaysia , Suandi, Turiman , Hj Hamzah, Azimi , Ismail, Ismi Arif
From page :
10
To page :
34
Abstract :
Kajian ini merupakan kajian kes tentang fenomena belia remaja delinkuen yang berlaku di pusat pengajian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di luar bandar Malaysia. Pelbagai pihak telah pun berusaha untuk memahami dan membuat penyelidikan dengan pelbagai dapatan yang diperolehi. Namun penyelidikan tersebut tidak dapat menjadi input bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam diri para belia, bahkan belia remaja makin bertambah terlibat dengan gejala delinkuen. Dalam kajian ini pengkaji telah melakukan tumpuan itu bagi memahami perlakuan tersebut dengan membuat pemahaman terperinci terhadap masalah psikologi, pegangan agama dan kecerdasan emosi. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa ciri-ciri psikologi belia yang delinkuen adalah Rendah Penerimaan Kendiri, Kuasa Autonomi Pasif, Kemesraan Bersama Kawan, Bertindak Agresif, Ada Matlamat Hidup, Rendah Penghargaan Kendiri. Manakala pegangan agama dan kecerdasan emosi menunjukkan mereka adalah Lemah Mengurus Tekanan Emosi, Ingin Mencuba, Lemah Pegangan Agama, Rendah Kawalan Emosi Kendiri. Tiada kesedaran potensi diri. Di samping itu terdapat faktor luaran yang paling dekat dari pengaruh rakan sebaya dan pengaruh keluarga yang kurang berperanan tanggungjawab mereka dalam membentuk remaja sehingga menyumbang kepada tingkah laku delinkuen.
Keywords :
Fenomena , Delinkuen , Rakan Sebaya , Psikologi , Kecedasan Emosi
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Journal title :
Jurnal Kemanusiaan
Record number :
2664049
Link To Document :
بازگشت