Author/Authors :
saharudin, nur sharydatul elyza universiti putra malaysia (upm serdang) - fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia , mustapha, nik farhan universiti putra malaysia (upm serdang) - fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia , abdul halim, hazlina universiti putra malaysia (upm serdang) - fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia , bolong, jusang universiti putra malaysia (upm serdang) - fakulti bahasa moden dan komunikasi, Malaysia
Abstract :
Kajian berbentuk kuasi-eksperimental ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) dalam aktiviti pembelajaran bahasa Perancis terhadap motivasi dalam kalangan pelajar universiti. Subjek kajian berjumlah 30 orang pelajar terdiri daripada pelajar pelbagai bidang pengkhususan di Universiti Putra Malaysia, yang mempelajari bahasa Perancis sebagai mata pelajaran elektif di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Soal selidik merupakan instrumen utama dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science 19 (SPSS 19). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap motivasi pelajar daripada kedua-dua kumpulan kajian adalahsederhana dan tiada perbezaan motivasi yang signifikan di antara kumpulan eksperimen yang menggunakan ICT dan kumpulan kawalan yang menggunakan peralatan dan sumber konvensional. Kesimpulannya, penggunaan ICT dalam aktiviti pembelajaran tidak memberi kesan atau anjakan lebih positif ke atas motivasi pelajar dan berkemungkinan terdapat faktor atau sumber lain yang mempengaruhi motivasi pelajar selain daripada penggunaaan teknologi dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.
Keywords :
ICT , motivasi , pembelajaran bahasa asing , Bahasa Perancis