Title of article :
Kesan Padanan antara Perakaunan Pengurusan Strategik dengan Strategi Perniagaan terhadap Prestasi Firma
Author/Authors :
Sari, Ria Nelly Universitas Riau - Fakultas Ekonomi, Indonesia , Ainuddin, Raja Azimah Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Pemiagaan, Malaysia , Tengku Abdullah, Tengku Akbar Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Pemiagaan, Malaysia
From page :
87
To page :
109
Abstract :
Kertas ini meneliti sejauh mana kepadanan (fit) antara sistem perakaunan pengurusan strategik (PPS) dengan strategi perniagaan sesebuah firma memberi kesan terhadap prestasi firma tersebut. Kepadanan antara PPS dengan strategi diukur menggunakan penyimpangan daripada suatu tanda aras dan skor ini digunakan sebagai pembolehubah tak bersandar dalam analisis regresi terhadap prestasi firma. Data untuk kajian ini diperolehi daripada sampel syarikat pembuatan yang tersenarai di Bursa Efek Jakarta pada tahun 2002. Sebanyak 60 respons iaitu 38.2% daripada jumlah keseluruhan sampel telah diterima dan digunakan dalam analisis. Hasil kajian ini menunjukkan kepadanan antara PPS dengan strategi perniagaan boleh mempengaruhi prestasi firma. Bagi ketiga-tiga jenis strategi perniagaan iaitu strategi kepimpinan kos, strategi pembezaan keluaran dan strategi fokus, firma yang menggunakan PPS yang padan dengan strategi akan menghasilkan prestasi yang tinggi. Justeru itu, kajian ini menyarankan supaya firma mengambilkira strategi yang digunakan oleh syarikat sewaktu merangka sistem PPS kerana sistem PPS yang menyokong strategi yang dipilih boleh menghasilkan tahap prestasi yang lebih tinggi
Journal title :
Jurnal Pengurusan
Journal title :
Jurnal Pengurusan
Record number :
2665911
Link To Document :
بازگشت