Title of article :
Penentuan Gangguan lonosfera Bergerak Menggunakan Data GPS
Author/Authors :
ABDULLAH, MARDINA Universiti Kebangsaan Malaysia - Jabatan Kejuruteraan Elektrik,Elektronik dan Sistem, Malaysia , MOHD. ZAIN, AHMAD FAIZAL Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - Wireless and Radio Science Centre (WARAS), Malaysia , ABDULLAH, SABIRIN Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) - Wireless and Radio Science Centre (WARAS), Malaysia , MOHD. HASHIM, NURBAYA Universiti Kebangsaan Malaysia - Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Malaysia , HO, YIH HWA Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) - Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Komputer, Malaysia
From page :
121
To page :
130
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kehadiran gangguan ionosfera bergerak (Travelling Ionospheric Disturbances, TID) di Malaysia bagi membantu dalam perambatan radio dengan menggunakan isyarat GPS (Global Positioning System) satelit. Hal ini dilakukan dengan mengenal pasti kehadiran gangguan ionosfera bergerak (Travelling Ionospheric Disturbances, TID) menggunakan data GPS. TID merupakan salah satu gangguan di ionosfera yang disebabkan oleh aktiviti suria. Parameter yang diambil kira dalam kajian ini ialah jumlah kandungan elektron (Total Electron Content, TEC). Kadar perubahan TEC, ΔTEC, diambil untuk sela masa 15 minit bagi menentukan kehadiran TID. Data GPS diperoleh dari penerima GPS di Pusat WARAS KUiTTHO, Parit Raja, Batu Pahat (1°52’N, 103°06’E). Nilai ΔTEC dibandingkan mengikut indeks geomagnet, Kp harian terbesar pada 3 hari yang berbeza. Aktiviti ribut geomagnet menyebabkan perubahan di ionosfera bumi yang mana tumpuan lebih diberikan ke atas kesannya terhadap lapisan-F ionosfera. Hasil kajian menunjukkan wujudnya kehadiran TID di stesyen penerima. Hasil ini juga menunjukkan penambahan nilai indeks Kp memberikan peningkatan pada keamatan TID atau jumlah TID yang berjaya dikesan. Walau bagaimanapun, lebih banyak data perlu dianalisis untuk memahami variasi gangguan ini yang boleh digunakan untuk meramal keadaan cuaca di angkasa
Keywords :
Ionosfera , TEC , TID , GPS
Journal title :
Jurnal Teknologi :D
Journal title :
Jurnal Teknologi :D
Record number :
2666081
Link To Document :
بازگشت