Title of article :
Persepsi Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Terhadap Plagiarisme
Author/Authors :
ROSMAN, ARIEFF SALLEH Universiti Teknologi Malaysia - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Malaysia , HASSAN, AHMAD MAHYUDDIN Universiti Teknologi Malaysia - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Malaysia , SURATMAN, AZMI SHAH Universiti Teknologi Malaysia - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Malaysia , RIPIN, MORD NASIR Universiti Teknologi Malaysia - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Malaysia , MARNI, NURAZMALLAIL Universiti Teknologi Malaysia - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Malaysia
From page :
1
To page :
14
Abstract :
Plagiarisme merupakan salah satu jenayah yang kerap berlaku di institusi pengajian tinggi dan menjejaskan integriti akademik. Matlamat mewujudkan komuniti akademik, iaitu pembangunan dari aspek intelektual dan etika akan terbantut dengan wujudnya gejala plagiarisme. Oleh itu, kajian ini penting untuk meninjau persepsi pelajar tentang amalan yang dianggap sebagai plagiat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan pelajar melakukan amalan yang dianggap sebagai plagiat dan mengetahui anggapan pelajar tentang amalan plagiat. Kaedah serta data yang digunakan adalah bersifat kuantitatif melibatkan 710 orang responden pelajar UTM Kampus Skudai aliran perdana yang mendaftar mata pelajaran ULT 3042 pada semester I sesi 2003/04. Satu set soal selidik yang bersumberkan McCabe Academic Integrity Survey (M-AlS) telah diedarkan dan sebanyak 341 set soal selidik telah dikembalikan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kekerapan pelajar UTM melakukan plagiat adalah rendah dan terdapat kepelbagaian persepsi terhadap sembilan tingkah laku yang dikemukakan.
Keywords :
Plagiarism , integrity , moral right , academic dishonesty , understanding
Journal title :
Jurnal Teknologi :E
Journal title :
Jurnal Teknologi :E
Record number :
2666153
Link To Document :
بازگشت