• Title of article

    Pemegunan Enzim Urease dalam Bahan Hidrogel Metakrilat untuk Menghasilkan Membran Biosensor Urea

  • Author/Authors

    KHOR, SOOK MEI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Sains Kimia Teknologi Makanan, Malaysia , LEE, YOOK HENG Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Sains Kimia Teknologi Makanan, Malaysia , AHMAD, MUSA Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Sains Teknologi - Pusat Pengajian Sains Kimia Teknologi Makanan, Malaysia

  • From page
    53
  • To page
    66
  • Abstract
    Bahan hidrogel metakrilat yang disediakan secara foto–pempolimeran telah dikaji sebagai satu matriks untuk pemegunan enzim urease. Tujuan utama penyediaan membran metakrilat untuk pemegunan enzim urease adalah untuk menilai sama ada membrane jenis ini boleh digunakan dalam reka bentuk biosensor urea. Sifat kehidrofilikan/kehidrofobikan hidrogel dimanipulasikan melalui komposisi monomer 2–hidroksil etil metakrilat (HEMA) dan metil metakrilat (MMA). Kajian pemegunan enzim yang telah dilakukan termasuk pemegunan urease secara foto–pempolimeran, kajian larut resap urease daripada membran dan penilaian ke atas sifat keaktifan enzim yang terpegun. Tiga jenis membran polimer telah dikaji, iaitu dua jenis membran yang disediakan secara foto–pempolimeran (fotoHEMA iaitu 100% HEMA dan MH28, nisbah MMA : HEMA = 2 : 8) dan juga polimer poli(2–hidroksietil metakrilat) (pHEMA) yang boleh didapati secara komersial dan digunakan sebagai perbandingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa urease boleh di pegunkan dalam bahan hidrogel metakrilat secara foto–pempolimeran terus tanpa enzim dinyahaktifkan walaupun terdedah kepada cahaya ultra–lembayung. Penggunaan komposisi MMA : HEMA dan proses penyediaan membran secara foto–pempolimeran dapat menghasilkan sifat kehidrofilikan/kehidrofobikan bahan membran hidrogel yang dikehendaki dan seterusnya kelarutresapan enzim juga dikurangkan berbanding membran daripada pHEMA komersial. Bahan hidrogel metakrilat foto–polimer yang paling sesuai sebagai matriks pemegunan enzim urease untuk tujuan kegunaan biosensor urea ialah hidrogel MH28 yang mempunyai peratus serapan air
  • Keywords
    Bahan hidrogel metakrilat , foto , pempolimeran , serapan air , hidrofilik , hidrofobik , enzim , larut resap
  • Journal title
    Jurnal Teknologi :F
  • Journal title
    Jurnal Teknologi :F
  • Record number

    2666409