Title of article :
BOOK REVIEW: Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia
Author/Authors :
Haji Salleh, Badriyah
From page :
81
To page :
85
Abstract :
Buku yang mengandungi sembilan buah penulisan hasil penyelidikan terhadap isu warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sejarah, sosiobudaya dan ekonomi. Abdul Rahman Haji Ismail memulakan perbincangan dengan memberikan beberapa ciri warisan yang ditinggalkan di kawasan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang meliputi negeri Kedah dan termasuk juga Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara. Esei pembukaan tersebut secara umumnya merupakan penentu hala tuju bagi pembaca tentang warisan yang dibincangkan dalam bab-bab seterusnya. Antara isi kandungan yang dibahaskan adalah tentang warisan politik dan sosiobudaya semenjak awal Masihi yang saling mempengaruhi antara kerajaan Kedah Tua, kawasan-kawasan lain dalam Wilayah Utara Semenanjung Malaysia dan kuasa-kuasa asing sama ada melalui perdagangan mahupun pemerintahan atau kedua-duanya sekali sehinggalah pada zaman selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Journal title :
Kemanusiaan the Asian Journal of Humanities
Journal title :
Kemanusiaan the Asian Journal of Humanities
Record number :
2666777
Link To Document :
بازگشت