Title of article :
Analisis Hubungan Pembangunan Industri Pelancongan dan Pertumbuhan Ekonomi: Perbandingan Pasaran Antarabangsa
Author/Authors :
Othman, Redzuan Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Pengurusan - Pusat Pengajian Ekonomi, Malaysia , Mohd Salleh, Norlida Hanim Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Ekonomi dan Pengurusan - Pusat Pengajian Ekonomi, Malaysia
From page :
93
To page :
100
Abstract :
Pada peringkat awal, pembangunan industri pelancongan adalah tertumpu di Eropah dan Amerika Utara. Dengan sejarah keterlibatan yang lama dalam sektor ini, menyebabkan kawasan ini menjadi pasaran pelancongan yang kukuh dan terkenal di peringkat global pada hari ini. Sumbangan sektor pelancongan kepada negara ini telah merangsang negara baru khususnya negara membangun untuk turut memajukan industri pelancongan. Ini menjadikan industri pelancongan semakin berkembang dalam tempoh dua dekad yang lalu dan muncul sebagai antara industri yang penting dan penyumbang utama kepada ekonomi negara membangun, terutama dari segi pendapatan eksport. Kajian ini cuba mengenalpasti faktor penentu kepada perkembangan industri pelancongan dan pertumbuhan ekonomi. Kajian ini juga cuba menentukan kewujudan dan arah hubungan jangka panjang antara industri pelancongan dengan pertumbuhan ekonomi. Kajian ini melibatkan lapan negara, iaitu empat negara maju (iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Sepanyol) dan empat negara lagi dari pasaran baru (iaitu China, Hong Kong, Malaysia dan Singapura). Persoalan ini diuji menggunakan analisis kointegrasi dan ujian penyebab Granger. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan satu hala antara perkembangan industri pelancongan dan pertumbuhan ekonomi. Bagi negara United Kingdom, Itali, Hong Kong dan Singapura perkembangan industri pelancongan didapati mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, sementara bagi negara Amerika Syarikat, Sepanyol, Malaysia dan China pertumbuhan ekonomi yang merangsang perkembangan industri pelancongan.
Keywords :
industri pelancongan , pertumbuhan ekonomi , pasaran antarabangsa , kointegrasi , ujian penyebab Granger
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia
Record number :
2677929
Link To Document :
بازگشت