Title of article :
Kesan Pendapatan Bukan Pertanian ke atas Kemiskinan: Kajian Kes Petani di Kedah
Author/Authors :
Che-Mat, Siti Hadijah Universiti Utara Malaysia - Kolej Sastera dan Sains, Malaysia , Abdul-Hakim, Roslan Universiti Utara Malaysia - Kolej Sastera dan Sains, Malaysia
From page :
101
To page :
107
Abstract :
Artikel ini bertujuan menganalisis kesan pendapatan bukan pertanian ke atas kemiskinan petani. Analisis dibuat menggunakan kaedah pemisahan indek FGT (Foster-Greer-Thorbecke Index) berdasarkan tiga pendapatan garis kemiskinan (PGK). Data yang digunakan diperolehi daripada hasil tinjauan menggunakan soal selidik yang dilakukan ke atas petani di enam daerah di Kedah. Sebanyak 384 borang soal selidik diedarkan dengan bantuan pembanci yang dijalankan antara bulan April hingga Disember 2008. Saiz sampel ditentukan melalui kaedah persampelan rawak dua lapis dan kuota. Hasilnya, enam daripada sebelas daerah telah terpilih, iaitu Kubang Pasu, Sik, Kota Setar, Baling, Kulim dan Pulau Langkawi. Hasil kajian mendapati, pada ketiga-tiga tahap PGK, hampir kesemua keputusan menunjukkan pendapatan bukan pertanian mampu memberi kesan positif terhadap pengurangan kemiskinan dalam kalangan petani.
Keywords :
kemiskinan , petani , isirumah , pendapatan bukan pertanian , pendapatan garis kemiskinan
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia
Record number :
2677942
Link To Document :
بازگشت