Title of article :
Pemodelan Sistem Tenaga Fosil Malaysia: Satu Pendekatan Pemprograman Linear
Author/Authors :
Yusof, Ahmad Mohd Universiti Kebangsaan Malaysia - School of Economics, Malaysia , Nopiah, Zulkifli Md Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia , Habiboo Raman, Maznah Banu Mohamed Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
Abstract :
Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar tenaga memerlukan satu dasar dan perancangan tenaga yang lestari untuk mengurus sumber aslinya bagi kegunaan rakyat dan generasi akan datang. Kertas ini akan membincang penemuan awal pengoptimuman sistem minyak mentah dengan menggunakan kaedah pemprograman linear dengan mengambilkira beberapa proses penukaran, transfomasi dan pengeluaran serta permintaan petroleum. Model tersebut bermula dengan membina sistem minyak mentah yang dihubungkan kepada beberapa sektor ekonomi seperti sektor pengangkutan, pertanian domestik, perindustrian dan bukan tenaga. Antara kekangan yang dipertimbangkan dalam kertas ini ialah imbangan bahan bagi produk petroleum, kapasiti logi penapis dan rezab sumber tenaga. Pengoptimuman awal menunjukkan bahawa model tersebut mampu memberikan keputusan yang memberangsangkan apabila kriteria meminimum import produk petroleum digunakan.
Keywords :
dasar tenaga , pemprograman linear , perancangan tenaga , petroleum
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia
Journal title :
Jurnal Ekonomi Malaysia