Title of article
Hubungan antara Ketegasan Diri dan Kepuasan Hidup dalam Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Author/Authors
AMAT, SALLEH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan - Jabatan Asas Pendidikan, Malaysia , MAHMUD, ZURIA Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
From page
49
To page
65
Abstract
Kerta ini melaporkan sebuah kajian yang meninjau hubungan antara ketegasan diri dan kepuasan hidup dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi. Seramai 170 pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun dua dan pelajar tahun tiga yang mengikuti satu kursus berkaitan kemahiran kaunseling di peringkat ijazah sarjana muda menyertai kajian ini secara sukarela. Dua set soal selidik, iaitu Rathus Assertiveness Sched- ule dan Satisfaction With Life Scale telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk mengukur ketegasan diri dan kepuasan hidup. Dapatan kajian menunjukkan perhubungan yang signifikan antara skor ketegasan diri dan skor kepuasan hidup dalam kalangan responden yang dikaji. Namun demikian, ketegasan diri dan kepuasan hidup didapati tidak mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Begitu juga pelajar Tahun 2 dan 3 tidak berbeza dari segi ketegasan diri dan kepuasan hidup mereka. Implikasi kajian terhadap pelajar institusi pengajian tinggi juga dibincangkan dalam laporan ini.
Keywords
Ketegasan diri , kepuasan hidup , pelajar Institusi Pengajian Tinggi , kemahiran generik , pencapaian akademik
Journal title
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title
Jurnal Pendidikan Malaysia
Record number
2678843
Link To Document