Title of article :
Aspek Kemahiran ‘Employability’ yang Dikehendaki Majikan Industri Pembuatan Masa Kini
Author/Authors :
RASUL, MOHAMAD SATTAR , ISMAIL, MD YUSOF , ISMAIL, NAPSIAH , RAJUDDIN, RASHID , ABD. RAUF, ROSEAMNAH
From page :
67
To page :
79
Abstract :
Kemahiran ‘employability’ merupakan satu kemahiran yang sangat diperlukan oleh majikan industri pembuatan terhadap pekerja mereka terutama pekerja baru. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat aspek-aspek penting kemahiran ‘employability’ yang diperlukan dan diutamakan oleh majikan industri pembuatan masa kini. Kajian telah dijalankan terhadap syarikat industri pembuatan. Kajian ini melibatkan 107 majikan dan dijalankan ke atas dua kategori syarikat iaitu saiz syarikat dan status pemilikan syarikat. Hasil analisis soal selidik ke atas majikan telah dapat mengenalpasti aspek kemahiran ‘employability’ yang diutamakan oleh majikan. Pemeringkatan (ranking) aspek kemahiran ‘employability’ menerusi hasil dapatan kajian mendapati kemahiran asas, berfikir, sumber, interpersonal, sistem dan teknologi dan kualiti personal adalah kemahiran ‘employability’ yang sangat diutamakankan oleh majikan dan kemahiran informasional adalah kemahiran yang sederhana penting. Hasil dapatan kajian menunjukkan aspek kemahiran diberi keutamaan oleh majikan dan boleh dijadikan panduan oleh lulusan teknikal sebelum memasuki alam pekerjaan, untuk meningkatkan kebolehpasaran mendapat pekerjaan. Manakala bagi institusi-institusi pendidikan, aspek utama kemahiran ‘employability’ yang disenaraikan dapat membantu dalam memfokuskan pemupukan aspek kemahiran ‘employability’ yang utama dalam pengajaran dan pembelajaran.
Keywords :
Industri pembuatan , kemahiran ’employability’ , kebolehpasaran , pendidikan tinggi , pendidikan teknikal
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Record number :
2678845
Link To Document :
بازگشت