Title of article
Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4: Pelaksanaan dan Kesannya
Author/Authors
CHEW, FONG PENG university of malaya - Fakulti Pendidikan, Malaysia
From page
15
To page
31
Abstract
Dasar Pendidikan Kebangsaan di negara kita menitikberatkan perpaduan nasional memandangkan Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Sehubungan itu, Kesusasteraan Melayu telah dikenal pasti sebagai mekanisme yang berkesan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Oleh itu, KOMSAS telah diperkenal dan dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2000. Dengan mengaplikasikan Teori Weiner (1965) dalam kerangka pendidikan, kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan dan kesannya. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengutip data daripada 60 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada pelbagai etnik, keagamaan dan aliran bidang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa buku teks KOMSAS tidak mencerminkan realiti masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Guru-guru bahasa jarang menerapkan elemen perpaduan kaum sama ada di dalam mahupun luar kelas, manakala para pelajar tidak berminat dalam pembelajaran KOMSAS yang didapati berpusatkan orang Melayu. Selain itu, mereka juga jarang bergaul dengan sahabat kaum lain. Oleh itu, Biro Buku Teks, guru-guru dan pelajar- pelajar harus mengamalkan sikap positif dan komitmen yang tinggi untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Keywords
Sastera perpaduan , KOMSAS , Teori Weiner , integrasi nasional , bangsa Malaysia
Journal title
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title
Jurnal Pendidikan Malaysia
Record number
2678850
Link To Document