Title of article :
Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua
Author/Authors :
AZIZ, ZAHARA Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , JAIR, NURLIAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
From page :
3
To page :
15
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta konsep bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah bagi pelajar tingkatan dua. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan peta konsep. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah, dan sejauh mana kesan penggunaan peta konsep dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Cheras, Selangor. Kajian tindakan dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 37 orang pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah di Cheras. Kajian ini menggunakan teknik peta konsep sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan pencapaian akademik sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan dua set ujian aneka pilihan untuk ujian pra dan pasca, borang soal selidik untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep, borang pemerhatian guru, persediaan mengajar, temu bual guru dan pelajar. Analisis data dilakukan dengan menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca antara jantina. Walau bagaimanapun, dapatan kajian telah menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca. Manakala tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep adalah pada tahap sederhana positif. Secara keseluruhan, peta konsep memberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Record number :
2678862
Link To Document :
بازگشت