Title of article :
Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran Tilawah Al-Quran
Author/Authors :
CHE NOH, MOHD ADERI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , TARMIZI, ROHANI AHMAD Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
From page :
93
To page :
109
Abstract :
Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kajian berkaitan persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran Tilawah al-Quran bagi bahagian bacaan yang merupakan salah satu bahagian dalam Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah di sekolah menengah harian. Seramai 1651 responden pelajar Tingkatan Dua yang terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak berstrata dan berkelompok daripada seluruh Malaysia. Pelajar dikehendaki memberi respon kepada sejumlah 69 indikator yang berkaitan dengan amalan pengajaran Tilawah al-Quran berdasarkan empat komponen iaitu permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran, penutup pengajaran dan alat bantu mengajar. Respon skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan min digunakan dalam melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan amalan pengajaran Tilawah al-Quran berada pada tahap sederhana (min = 3.338). Manakala tahap min amalan pengajaran berdasarkan komponen menunjukkan komponen permulaan pengajaran (min = 3.461), penutup pengajaran (min = 3.271) dan alat bantu mengajar (min = 2.709) pada tahap sederhana. Manakala komponen perkembangan pengajaran pada tahap tinggi (min = 3.670). Implikasi kajian ialah guru Pendidikan Islam perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran pengajaran Tilawah al-Quran yang mereka miliki dengan cara yang paling efektif agar murid dapat menguasai Tilawah al-Quran dengan berkesan.
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Record number :
2678866
Link To Document :
بازگشت