Title of article :
Pembangunan dan Penilaian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Web – Webquest bagi Mata Pelajaran ICT
Author/Authors :
MOHD. NORDIN, NORAZAH Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia , HONG, NGAU CHAI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan, Malaysia
Abstract :
Dalam era gloalisasi, para guru perlu bersikap kreatif dan inovatif dalam memperkasakan profesion perguruan agar golongan pendidik tersebut sentiasa bersaing dengan teknologi maklumat terkini. Salah satu inovasi yang perlu diambil perhatian ialah kepelbagaian dalam kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar. Bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ICT pula, dua pendekatan yang dilaksanakan iaitu “belajar tentang ICT” dan “belajar dengan ICT” memerlukan guru mahir dalam pedagogi yang melibatkan penggunaan ICT. Kertas kerja ini melaporkan tentang proses pembangunan dan penilaian bahan pengajaran berasaskan web bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat, iaitu Webquest. Tujuan utama kertas kerja ini membangunkan suatu bahan pengajaran berasaskan web, WebQuest bagi mata pelajaran ICT Tingkatan Empat serta menilai persepsi pelajar terhadap bahan pengajaran yang dibangunkan dari aspek antara muka, isi kandungan struktur pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan WebQuest. Metodologi pembangunan bahan pengajaran melibatkan fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, implementasi dan penilaian. Instrumen yang berbentuk soal selidik digunakan bagi menilai aspek antara muka, isi kandungan struktur pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan WebQuest yang telah dibangunkan. Dapatan kajian menunjukkan persembahan keseluruhan WebQuest yang bertajuk Computer System: System Concept ini adalah sesuai dan menarik untuk P P mata pelajaran ICT.
Keywords :
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan web , WebQuest , ICT
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia