• Title of article

    Hubungan Guru-Pelajar dan Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar?

  • Author/Authors

    ARBAA, ROHANI Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Malaysia , JAMIL, HAZRI Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Malaysia , ABD RAZAK, NORDIN Universiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Malaysia

  • From page
    61
  • To page
    69
  • Abstract
    Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara dimensi-dimensi guru berkualiti dengan komitmen belajar pelajar. Kaedah kuantitatif melalui soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data. Seramai 458 orang pelajar tingkatan empat dipilih sebagai responden kajian melalui teknik pensampelan kelompok pelbagai peringkat. Borang soal selidik yang mengandungi empat konstruk iaitu komitmen belajar pelajar, penguasaan isi kandungan mata pelajaran, kemahiran penyampaian pengajaran guru dan hubungan guru-pelajar telah diedarkan kepada pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa wujudnya hubungan positif yang sederhana antara ciri kualiti guru yang dikaji dengan komitmen pelajar. Hubungan guru-pelajar dikenal pasti sebagai ciri kualiti guru yang menjadi peramal terbaik bagi meningkatkan komitmen belajar pelajar. Secara relatifnya, pelajar perempuan menunjukkan komitmen belajar yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki, manakala status sosioekonomi pelajar didapati tidak mempengaruhi komitmen belajar pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa hubungan guru-pelajar adalah faktor yang signifikan dalam meningkatkan komitmen belajar pelajar.
  • Keywords
    Guru berkualiti , komitmen belajar , hubungan guru , pelajar , komitmen belajar pelajar
  • Journal title
    Jurnal Pendidikan Malaysia
  • Journal title
    Jurnal Pendidikan Malaysia
  • Record number

    2678925