Title of article :
Hubungan antara Kepercayaan Matematik, Metakognisi dan Perwakilan Masalah dengan Kejayaan Penyelesaian Masalah Matematik
Author/Authors :
RADZALI, ROSLINA Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan - Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Malaysia , MEERAH, T. SUBAHAN MOHD Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan - Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Malaysia , ZAKARIA, EFFANDI Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Pendidikan - Jabatan Perkaedahan Amalan Pendidikan, Malaysia
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara kepercayaan matematik, metakognisi dan perwakilan masalah dengan kejayaan penyelesaian masalah matematik pelajar. Sampel terdiri daripada 644 pelajar tingkatan empat di Selangor, yang dipilih menggunakan teknik multistage cluster sampling. Tiga instrumen digunakan, iaitu Instrumen Kepercayaan Matematik, Instrumen Metakognisi dan Instrumen Penyelesaian Masalah Matematik. Data telah dianalisis menggunakan teknik statistik analisis regresi berganda. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kepercayaan matematik, metakognisi dan perwakilan masalah dengan kejayaan pelajar menyelesaikan masalah matematik.
Keywords :
Kepercayaan matematik , metakognisi , perwakilan masalah , penyelesaian masalah
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia
Journal title :
Jurnal Pendidikan Malaysia