Title of article :
Rekabentuk Ukuran Ulangan dan Proses Bercabang Dalam Biologi
Author/Authors :
Binti Hasan, Husna Unversiti Sains Malaysia - Pusat Pengajian Sains Matematik, Malaysia
Abstract :
Tercetusnya konsep Biologi Bermatematik boleh melahirkan usaha kerjasama antara penyelidik bidang sains hayat, matematik dan juga penyelidik dari bidang sains lain yang berkaitan. Data yang terkumpul dari hasil penyelidikan kajian kes sains hayat perlu dianalisa dan ditafsir dengan betul supaya kesimpulannya adalah benar bagi semua kes secaman. Kewujudan pelbagai pakej statistik yang boleh mengeluarkan keputusan analisis dengan segera telah membuka peluang kepada penggunanya yang mempunyai pengetahuan terhad dalam bidang statistik khasnya analisis data dan berkemungkinan menghasilkan kesimpulan yang kurang bermakna. Kertas ini membincangkan bagaimana penyelidik sains hayat dan statistik boleh bekerjasama dalam menjayakan analisis data yang melibatkan rekabentuk ukuran ulangan supaya kesimpulan yang terhasil adalah lebih bermakna, munasabah dan realistik. Masalah yang dihadapi dalam proses bercabang yang merupakan satu bidang statistik tulen juga dibangkitkan
Journal title :
Malaysian Journal of Mathematical Sciences
Journal title :
Malaysian Journal of Mathematical Sciences