Author/Authors :
Shakrani, Mohd Saharudin Universiti Utara Malaysia - Faculty of Economics, Malaysia , Abdullah, Hussin Universiti Utara Malaysia - Faculty of Economics, Malaysia , Abu Bakar, Abu Sufian Universiti Utara Malaysia - Faculty of Economics, Malaysia , Taib, Hasniza Mohd Universiti Utara Malaysia - Faculty of Finance and Banking, Malaysia
Abstract :
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sifat-sifat yang mempengaruhi secara langsung kemeruapan pulangan KLSI dan KLCI menggunakan model-model keluarga ARCH. Tempoh kajian bermula dari Januari 1995 - Jun 2003 yang dibahagikan kepada tempoh 1(2 Januari 1995 - 29 April 1999) sebelum wujud KLSI dan tempoh 2 ( 30 April 1999 - 13 Jun 2003) iaitu selepas wujud KLSI. Dapatan kajian menunjukkan pulangan KLSI lebih meruap jika dibandingkan dengan KLCI. Dapatan juga menunjukkan ketibaan maklumat Indeks Industri Dow Jones (DJII) merupakan faktor utama yang mempengaruhi sifat keberterusan kemeruapan pulangan KLCI. Sifat keberterusan kemeruapan pulangan KLSI pula lebih dipengaruhi oleh ketibaan maklumat volum dagangan diikuti oleh kadar antara bank Islam dan DJII. Selain itu, dapatan menunjukkan arah kejutan pulangan pula mempunyai hubungan tidak simetri dengan kemeruapan pulangan KLCI dan KLSI dan tiada pembolehubah luaran yang dapat dikenalpasti mempengaruhi sifat tidak simetri ini. Bagi hubungan min-varians, secara keseluruhannya wujud hubungan positif iaitu apabila risiko meningkat, pulangan akan turut meningkat dan sebaliknya tetapi arah hubungan ini adalah tidak signifikan. Tambahan pula, kadar faedah antara bank, DJII dan volum dagangan gagal menjelaskan kewujudan hubungan antara min pulangan dan varians