Title of article :
Teknik Wdep Untuk Membantu Mengurangkan Kebimbangan Mangsa Rogol: Satu Kajian Kes
Author/Authors :
Ab.Rahim, Shazrina binti Universiti Sains Malaysia, Malaysia , Mohamad, Abdul Rashid Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Abstract :
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan hasil kajian kes ke atas seorang remaja yang menghadapi kebimbangan berterusan akibat dari menjadi mangsa rogol. Pendekatan ka unseling menggunakan teknik WDEP dilaksanakan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien menghadapi rasa bimbang berterusan. WDEP ialah akronim wants, direction and doing, evaluation and planning. WDEP adalah salah satu teknik yang diamalkan dalam teori Realiti. Dalam kajian ini, kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi mengumpul data dari klien yang merupakan seorang pelajar berumur 17 tahun dan adalah mangsa rogol. Dua jenis instrumen untuk ujian pra dan pos digunakan iaitu Senarai Semak Kebimbangan dan Ujian Saringan Minda Sihat. Pada waktu yang sama, tujuh sesi kaunseling individu dijalankan bersama klien. Setiap sesi kaunseling di rakam dan mengambil masa satu hingga satu setengah jam bertujuan untuk di buat transkripsi dan dianalisis. Hasil kajian mendapati teknik WDEP berjaya membantu dan mampu mengubah perasaan dan emosi klien kepada suasana yang lebih ceria dan dapat mengurangkan kebimbangan yang dialami, berfikiran lebih positif serta mampu memperbaiki tingkahlaku negatif sebelumnya kepada lebih positif.
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan
Journal title :
Journal Of Education: Jurnal Bitara Upsi Pendidikan