Title of article :
Pemeriksaan Badan Semasa Dalam Tahanan Menurut Perspektif Islam
Author/Authors :
Wan Abdul Fattah, Bin Wan Ismail Universiti Sains Islam Malaysia - Fakulti Syariah Undang-undang, Malaysia
Abstract :
Baru-baru ini rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu rakaman dari kamera telefon bimbit yang merakamkan seorang tahanan wanita telah diarahkan untuk melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel oleh seorang pegawai polis wanita. Pelbagai andaian telah dibuat dari berbagai-bagai pihak mengenai isu tersebut. Ada yang mengatakan tindakan tersebut satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tetapi bagi pihak polis ia dianggap sebagai satu prosedur pemeriksaan biasa bagi tahanan yang disyaki menyembunyi bahan-bahan terlarang di tempat sulit dan berbagai-bagai anggapan lagi. Namun begitu apa pula pandangan undang-undang syariah mengenai prosedur pemeriksaan badan. Adakah pemeriksaan badan diharuskan atau sebaliknya?. Sekiranya ia suatu prosedur yang dibenarkan apakah pula syarat-syaratnya. Artikel ini adalah bertujuan untuk mengupas secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan badan menurut perspektif Islam.
Keywords :
Perspektif Islam , Pemeriksaan Badan , Semasa Dalam Tahanan
Journal title :
Ulum Islamiyyah Journal
Journal title :
Ulum Islamiyyah Journal