Title of article :
Polisi Maklumat: Model , Isu dan Pengkelasan
Author/Authors :
Yusof, Zawiyah M. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat - Pusat Pengajian Teknologi Maklumat, Malaysia , Basri, Mokmin Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat - Pusat Pengajian Teknologi Maklumat, Malaysia , Mat Zin, Nor Azan Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat - Pusat Pengajian Teknologi Maklumat, Malaysia
From page :
41
To page :
56
Abstract :
Terdapat beberapa isu yang dikenal pasti mendasari asas pembangunan polisi maklumat. Kertas ini bertujuan untuk menganalisis isu tersebut sekali gus mengelompok ke dalam enam kategori yang dikenali sebagai maklumat teknikal dan saintifik, perpustakaan, teknologi maklumat dan komunikasi, sosial, maklumat kerajaan dan ekonomi. Isu ini perlu di kelas bagi memudah analisis polisi maklumat sesebuah negara. Pengkelasan isu yang mendasari polisi maklumat adalah penting kerana bidang ini belum mencapai kematangan akademik. Tambahan pula, pengkelasan dapat membantu menentu fokus polisi maklumat. Analisis kandungan dokumen dalam bentuk sorotan susastera dalam bidang polisi maklumat merupakan teknik yang diguna bagi mengumpul data kualitatif untuk menganalisis isu yang mendasari pembangunan polisi maklumat. Penemuan mendapati pengelompokan polisi maklumat hanya berubah secara minimum sejak penyelidikan yang terawal. Perubahan tersebut terbatas kepada kepelbagaian isu yang dipadan dengan setiap kelompok. Beberapa model polisi maklumat dianalisis bagi mengenal pasti isu yang dirangkumi sebagai asas dalam pembangunan polisi maklumat
Keywords :
Polisi maklumat , model polisi maklumat , pengkelasan , pengurusan sumber maklumat , masyarakat bermaklumat , sains maklumat
Journal title :
Asia-Pacific Journal Of Information Technology an‎d Multimedia
Journal title :
Asia-Pacific Journal Of Information Technology an‎d Multimedia
Record number :
2698975
Link To Document :
بازگشت