Title of article :
The Concept of the People of the Book (Ahl al-Kitāb) in Islamic Religious Tradition
Author/Authors :
Sabjan, Muhammad Azizan Universiti Sains Malaysia - School of Humanities, Malaysia , Mat Akhir, Noor Shakirah Universiti Sains Malaysia - School of Humanities, Malaysia
Abstract :
Persoalan mengenai Ahli Kitab merupakan salah satu daripada isu utama yang masih dibicarakan pada hari ini. Golongan ini bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada al-Quran dan al-Hadis, malah turut menjadi bahan perdebatan di antara para sarjana Islam dan Barat. Perbincangan mengenai golongan ini menjadi lebih serius apabila seorang sarjana Islam, Muhammad Abd al-Karim al-Shahrastani (m.548/1153), mengetengah satu golongan Ahli Kitab lagi yang dikenali dengan nama Man Lahu Shubhat Kitab atau Ahl Shubhat Kitab (golongan penerima suhuf yang diragui kesahihannya). Walau bagaimanapun, penulisan ini akan menyentuh perbahasan mengenai siapakah Ahli Kitab daripada perspektif para sarjana Islam dan apakah kedudukan agama mereka, iaitu Agama Yahudi dan Kristian di sisi Islam. Diharapkan semoga perbincangan ini dapat melontarkan fahaman yang kemas mengenai golongan Ahli Kitab ini seterusnya membantu kita memahami kedudukan mereka dalam Islam secara lebih jelas
Journal title :
Afkar Journal of Aqidah and Islamic Thought
Journal title :
Afkar Journal of Aqidah and Islamic Thought