Title of article :
COMMON TOILET DEFFECT IN HIGHER EDUCATION INSTITUTION: BUILDING CONDITION ANALYSIS USING CSP1 MATRIX
Author/Authors :
Nasir, A.R.M. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina - Jabatan Seni Bina, Malaysia , Che-Ani, A.I. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina - Jabatan Seni Bina, Malaysia , Surat, M. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina - Jabatan Seni Bina, Malaysia , Tawil, N.M. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina - Jabatan Seni Bina, Malaysia , Abdullah, N.A.G. Universiti Kebangsaan Malaysia - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina - Jabatan Seni Bina, Malaysia
From page :
80
To page :
93
Abstract :
Fasiliti berasaskan tandas atau ruang tandas merupakan satu bentuk fasiliti asas yang sangat penting didalam sesebuah bangunan. Kepentingan fungsi serta kelebihan komponen dan kemudahan bangunan yang terdapat didalam ruang tandas bagi menyokong fungsinya merupakan perbezaan utama ruang tandas berbanding ruang lain. Keunikan ruang tandas dapat dilihat selepas sesuatu bangunan mula diduduki. Pada peringkat ini, isu berkenaan penyenggaraan tandas mula timbul terutama melibatkan bangunan awam termasuk bangunan institusi pengajian. Kadar penggunaan yang kerap berikutan kehadiran pelawat dan jumlah kakitangan yang ramai seringkali mengakibatkan kepincangan berlaku terhadap fungsi ruang tandas seterusnya tahap ketersediaan ruang tandas seringkali dipertikaikan. Aspek kebersihan dan kefungsian merupakan matlamat utama senggaraan ruang tandas. Dalam kitar hayat penyenggaraan, terdapat peringkat kerja-kerja pemeriksaan bangunan yang diperlukan bagi memastikan status fizikal semasa bangunan. Dalam konteks yang lebih luas, teori penilaian bangunan turut menekankan aspek pemeriksaan bangunan berdasarkan tahap dan petunjuk prestasi yang bersesuaian. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti piawai penilaian bangunan sediada iaitu JKR, ASTM, QLASSIC, CONQUAS, RICS dan SIRIM seterusnya membangunkan rangka-kerja konsep penilaian prestasi bangunan. Pemeriksaan fizikal pula dilakukan bagi menganalisis prestasi semasa ruang tandas di bangunan fakulti. Pemeriksaan keadaan telah dijalankan terhadap 66 ruang ruang tandas di Fakulti 1, Fakulti 2 dana Fakulti 3 di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi, Selangor. Metodologi yang digunakan adalah pemeriksaan visual berdasarkan alat pengukur keadaan bangunan Matriks CSP1. Hasil analisis berdasarkan frekuensi kecacatan mendapati wujud hubung-kait serta faktor kerosakan di antara komponen dan elemen didalam ruang tandas.
Keywords :
Ruang Tandas , Matriks CSP1 , Kecacatan Bangunan , Pemeriksaan , Penilaian Keadaan , Ukur Bangunan , Indeks Keadaan Bangunan.
Journal title :
Journal of Building Performance
Journal title :
Journal of Building Performance
Record number :
2713191
Link To Document :
بازگشت