Title of article :
KESEDIHAN WANITA KEMATIAN SUAMI
Author/Authors :
ibrahim, anura university college bestari - fakulti sains sosial, Malaysia , mat min, ruhani universiti malaysia terengganu - pusat pengajian pembangunan sosial dan ekonomi, Malaysia , mohamad, zakaria universiti malaysia terengganu - pusat pengajian pembangunan sosial dan ekonomi, Malaysia
Abstract :
Pengalaman kehilangan orang yang tersayang ialah suatu yang amat menyedihkan kepada wanita yang masih mempunyai anak-anak. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang cabaran kesedihan yang dialami oleh wanita selepas kematian suami dan proses yang dilalui semasa menghadapi kesedihan selepas kematian suami. Pendekatan grounded theory diguna untuk kajian ini, bagi mendapatkan data tentang isu kesedihan yang dialami. Seramai sembilan peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini. Peserta berumur di antara 30 hingga 50 tahun, yang masih mempunyai anak yang bersekolah. Kesemua suami mereka meninggal disebabkan penyakit. Hasil kajian mendapati tujuh tema cabaran kesedihan yang dialami oleh wanita selepas kematian suami iaitu emosi terganggu, tanggungjawab kewangan, anak-anak keutamaan, tanggungjawab pelbagai, ingatan berpanjangan, cabaran kesihatan dan akhir sekali sub tema lebih kuat beribadah. Sebanyak tiga proses kesedihan yang dilalui oleh peserta kajian iaitu sedih, menerima dengan reda, bangkit kerana keutamaan kepada anak-anak dan teringat-ingat pada suami. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan antara hasil kajian ini dengan model lepas proses kesedihan yang dialami.
Keywords :
Kesedihan , Grounded Theory , Reda , Bangkit , Teringat , ingat
Journal title :
Journal Of Business and Social Development
Journal title :
Journal Of Business and Social Development